During MCO, I joined Resensi Book Peringkat ASEAN activity. Got a Certificate as well. First, the activity was open only for poems. Later, it was opened for any types of Book.
I reviewed a book on Al-Ghazali and Konfusius. Got to thank Syiqin for introducing the Book to me. If you have time, please read the Book. Many insightful thoughts from the two great scholars. I include the Book Review below.
RESENSI BUKU PERINGKAT ASEAN
25 Mac – 25 April 2020
Tajuk Buku: Idea-Idea Pendidikan Berkesan: Al-Ghazali dan Konfusius
Author: Abdul Salam Yusoff
Tahun Terbit: 2015
Penerbit: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
ISBN: 978-967-942-912-1
Buku setebal 241 muka surat ini mempunyai banyak kisah menarik dan teladan untuk dipelajari, terutama dalam konteks pendidikan berkesan warisan zaman klasik. Pengarang telah menggunakan pendekatan unik dengan melihat dua tokoh hebat tamadun Islam dan tamadun China mengupas isu ini. Petikan-petikan kata-kata mereka berdasarkan penulisan mereka jelas menunjukkan betapa dalam penelitian dan pemerhatian kedua tokoh ini dengan keadaan persekitaran dan sosio-ekonomi masyarakat setempat. Buku ini menjadi jambatan kearah mendapatkan sumber asli penulisan dua tokoh dunia dari dua tamadun yang berbeza. Al-Ghazali mewakili tamadun Islam manakala Konfusius mewakili tamadun China.
Buku ini menganalisis persoalan epistemologi dua tokoh tersebut dan menyentuh permasalahan dunia, soal falsafah ilmu, matlamat pendidikan serta metodologi pendidikan dan pengajaran berkesan. Teks utama yang dirujuk oleh pengarang ialah kitab Ihya Ulum Al-Din oleh Imam Al-Ghazali dan Lun Yu oleh Konfusius. Kedua tokoh ini menekankan kekuatan dalaman dan spiritual yang mesti diutamakan untuk mencapai tahap kecemerlangan para pelajar yang menuntut ilmu. Etika murni mesti diterapkan kepada setiap kanak-kanak sejak peringkat awal perkembangan. Nilai positif yang dimiliki dapat menghindarkan seseorang dari bertindak diluar norma masyarakat. Krisis moral dan konflik nilai dapat dibendung sekiranya setiap individu dapat membuat keputusan secara rasional.
Buku ini dibahagikan kepada tiga bahagian. Bahagian Pertama mengandungi emapat bab dan membincangkan idea-idea pendidikan Al-Ghazali. Manakala Bahagia Kedua mengupas idea-idea pendidikan Konfusius. Bahagian ketiga membuat perbandingan dan saranan dari kedua-dua tokoh.
Untuk Bahagian Pertama, terdapat Bab Pengenalan, Al-Ghazali Tokoh Reformasi Ilmu, Ilmu Terpancar dari Jiwa Yang Suci dan Keajaiban Hubungan Baik Guru dan Murid. Imam Al-Ghazali dilahirkan pada tahun 450 Hijrah/1058 Masihi di sebuah kampung bernama Ghazalahdi wilayah Khurasan. Beliau tokoh yang lahir 300 tahun sesudah kelahiran Imam Shafii. Beliau meninggal dunia di tempat kelahirannya sendiri pada tahun 505 Hijrah /1111 Masihi. Sifat beliau digambarkan sebagai seorang yang sangat dahagakan ilmu dan kebenaran. Beliau mengkaji setiap aliran falsafah dan mendalami setiap ilmu kalam yang dapat dijangkau. Beliau menulis dalam bentuk umum dan juga ilmiah. Kitab mashur beliau Ihya Ulum al-Din ditulis ketika beliau berusia 50 tahun. Kitab ini terdiri dari lima jilid dengan 342 halaman.
Al-Ghazali menyatakan bahawa walaupun akal mempunyai daya lihat, namum masih banyak hal-hal yang tidak terjangkau oleh akal. Oleh itu, akal perlu dirangsang. Rangsangan terbaik adalah dari pembacaan Al-Quran. Pancaran cahaya hikmah nur atau cahaya dari Al-Quran jauh lebih utama dari akal pemikiran. Disamping memperoleh ilmu dari kaedah penggunaan pancaindera dan saintifik, ada cara lain untuk memperolehi ilmu. Ia bersifat rohani dan berkaitan keajaiban hati.
Al-Ghazali membuat perbandingan hati seperti sebuah kolam yang kosong. Ilmu ibarat air dan pancaindera yang lima, ibarat lima batang sungai. Ada dua cara untuk mengisi kolam tersebut. Pertama, alirkan aliran air dari lima sungai tersebut masuk ke dalam kolam sehingga penuh. Kedua, tutup rapat aliran lima sungai dan gali dasar kolam sehingga mata air memancar dari dasar kolam dan memenuhi kolam tersebut. Ini analogi yang digunakan dalam pencarian ilmu. Ilmu hanya boleh terpancar dari jiwa sekiranya seseorang itu berilmu.
Banyak lagi analogi yang digunakan oleh tokoh Islam ini untuk menggambarkan betapa pentingnya pencarian ilmu. Beliau sangat bijaksana dan menekankan pendidikan mesti bermula daripada proses penerokaan yang perlu disertai dengan asas agama yang kukuh. Menurut Al-Ghazali, dua daripada sifat asas akhlak mulia ialah berani dan bijaksana. Contohnya, ada pelajar yang terlalu takut untuk berterus-terang dalam menghadapi pelajaran. Akibatnya ramai yang tenggelam dalam kejahilan. Justeru, pengarang buku ini mencadangkan agar pihak Kementerian Pendidikan menggalakkan penyelidikan dalam bidang-bidang klasik Islam agar dapat diterapkan dalam konteks semasa.
Beralih kepada Bahagian Kedua, ia mengandungi penulisan Konfusius dan terdapat tiga bab iaitu Konfusius Guru Agung, Kebijaksaan dan Budiman dan Cinta Mencari Ilmu Sepanjang Hayat. Konfusius adalah seorang yang berpengaruh dan dihormati dalam sejarah China. Maksud nama beliau adalah ‘Guru Agung.’ Pada usia 68 tahun, beliau mula mengajar mengenai pemikirannya kepada sesiapa yang ingin mempelajarinya. Walaupun pakar sejarah tidak pasti samada beliau menulis sendiri Lun Yu, atau terjemahannya Analects, falsafah pengajaran beliau telah dikumpul dan dibukukan oleh anak muridnya. Pemikir-pemikir agung tamadun China muncul pada era zaman perang di negara tersebut.
Konfusius dilahirkan di Kampung Chang Ping, sekarang di Timur Laut China pada tahun 551 S.M. Lima Kitab beliau adalah karya terperinci yang mencatatkan kejadian-kejadian penting yang berlaku dibawah 12 ketua pemerintahan negara bahagian Lu, negara asal Konfusius. Konfusius mahu anak muridnya menjadi manusia serba boleh yang dapat menyumbang kepada masyarakat. Oleh itu beliau mengajar mereka pelbagai cabang ilmu. Beliau mengaktifkan fungsi sel otak kanan dan otak kiri dari pembelajaran tafsiran budaya warisan lama. Jika Al-Ghazali menekankan tentang nur, Konfusius memperkenalkan konsep ren. Ren bermaksud mengasihi semua manusia tanpa mengira perbezaan.
Kesimpulannya, kedua-dua tokoh ini berjaya keluar dari zaman kesusahan semasa kanak-kanak dan sangat cintakan ilmu. Mereka menyuburkan budaya ilmu pada zaman masing-masing dan memartabatkan ilmu di tempat tertinggi. Membuang sifat ego dalam diri ketika mencari ilmu dan berfikiran kritis juga adalah ajaran mereka. Tamadun China, seperti yang diajar oleh Konfusius, menekankan cinta budaya ilmu. Tamadun Islam, menurut Imam Al-Ghazali, menekankan pendidikan dunia dan akhirat secara seimbang dan bersepadu. Kedua-dua murid dan guru mempunyai peranan masing-masing dalam proses pencarian ilmu. Ada banyak perkara yang boleh dipelajari berkaitan kedua tokoh hebat ini. Buku ini memberi sekilas pandangan dari aspek pendidikan.
Pic.Wise Words.
1. Tidak masalah seberapa lambat Anda berjalan selama Anda tidak berhenti.
2. Ketika kemarahan mulai muncul, pikirkan konsekuensinya.
3. Ketika tujuan tidak dapat dicapai, jangan ubah tujuan, tetapi sesuaikan langkah-langkah dengan tindakan.
4. Jika Anda menjadi seorang pembenci, maka Anda adalah orang yang kalah.
5. Orang yang berpikiran luas mencari kelebihan dalam dirinya sendiri; orang yang berpikiran sempit selalu mencari-cari kesalahan orang lain.
6. Kemana pun Anda pergi, pergilah dengan sepenuh hati.
7. Berikan instruksi hanya kepada orang-orang yang mencari ilmu setelah mereka menemukan kebodohan mereka sendiri.
8. Selalu mengeluh akan hal-hal kecil akan mencegah terjadinya kesuksesan.
9. Jika ada orang yang membicarakan tentang diri Anda dibelakang Anda, itu artinya Anda seorang pemenang.
2. Ketika kemarahan mulai muncul, pikirkan konsekuensinya.
3. Ketika tujuan tidak dapat dicapai, jangan ubah tujuan, tetapi sesuaikan langkah-langkah dengan tindakan.
4. Jika Anda menjadi seorang pembenci, maka Anda adalah orang yang kalah.
5. Orang yang berpikiran luas mencari kelebihan dalam dirinya sendiri; orang yang berpikiran sempit selalu mencari-cari kesalahan orang lain.
6. Kemana pun Anda pergi, pergilah dengan sepenuh hati.
7. Berikan instruksi hanya kepada orang-orang yang mencari ilmu setelah mereka menemukan kebodohan mereka sendiri.
8. Selalu mengeluh akan hal-hal kecil akan mencegah terjadinya kesuksesan.
9. Jika ada orang yang membicarakan tentang diri Anda dibelakang Anda, itu artinya Anda seorang pemenang.
No comments:
Post a Comment