Sunday, May 24, 2020

Pesan Datuk Dr Zurinah Hassan. National Laureate (Sasterawan Negara)

An excerpt from SN Datuk Dr . Zurinah Hassan in Tinta Minda Section, BERNAMA below. Beliau membesar di Tikam Batu, Kedah rupanya...

What I like most from the article is 'Setiap manusia perlu berkomunikasi dan alat komunikasi terpenting ialah bahasa.'

"Kembangkan kreativiti

Jangan bimbang walaupun pasaran buku sedang terjejas. Kemahiran menulis tetap diperlukan. Setiap manusia perlu berkomunikasi dan alat komunikasi terpenting ialah bahasa.

Betapa canggih pun peralatan dan bertenaganya kuasa rangkaian, jika tersalah memilih perkataan akan membawa padah. E-mel dan segala media sosial hanya merupakan perantaraan. Maklumat mesti disampaikan dengan bahasa yang tersusun. Minda haruslah mengaturnya terlebih dahulu sebelum jari-jari bergerak laju.

Syarikat syarikat gergasi memerlukan kemahiran menulis dan menyebar iklan. Dunia hiburan berkembang di dalam talian, mengambil alih siaran daripada stesen televisyen konvensional.

Pelbagai filem, animasi, dokumentari dapat dinikmati di skrin peranti. Tetapi, semua itu bermula dengan penulisan skrip yang memerlukan bakat dan kreativiti.

Kemahiran menulis tetap diperlukan. Bakat dan kreativiti tidak mungkin ditukar ganti dengan sebarang mesin automasi.

Ini kerana karya sastera dapat membentuk jiwa dan membina peradaban bangsa."

--BERNAMA

Datuk Dr Zurinah Hassan merupakan penerima Anugerah Sastera Negara 2015. Beliau adalah wanita pertama Malaysia menerima anugerah itu yang membawa gelaran Sasterawan Negara.

ITBM on Twitter: "Puisi "Jerebu" nukilan Sasterawan Negara Dato ...Pic. Puisi Jerebu


Sasterawan Negara dalam animasi Upin Ipin – Kuali HitamPic. SN dalam Animasi Upin Ipin

No comments:

Post a Comment

China and the Olympic Success

China's performance in 2024 Paris's Olympic was spectacular.  Table tennis, diving, swimming and tennis contributed to the gold meda...